Kepentingan vitamin dalam set mengandung Shaklee

Atul Hamid
0

Keperluan nutrisi semasa mengandung adalah penting untuk kesihatan ibu dan perkembangan bayi. Ibu hamil perlu mendapatkan cukup zat besi, asid folik, kalsium, magnesium, protein, omega 3 dan iodin unyuk memastikan pertumbuhan bayi yang sihat. Suplemen seperti asid folik dan kalsium mungkin diperlukan untuk memenuhi keperluan tambahan. Pengawalan berat badan juga penting ketika mengandung bagi mengelak dari berlakunya preeklamsia. Jadi, dalam entri ini Atul terangkan kepetingan setiap vitamin untuk ibu mengandung dan cadangan suplemen yang sesuai diambil ketika mengandung.

Kepentingan vitamin dalam set mengandung Shaklee

Kepentingan vitamin untuk ibu mengandung

 

🌸 Vitamin B

 

Ketika mengandung, vitamin B dikategorikan sebagai salah satu vitamin wajib yang perlu diambil oleh ibu mengandung. Banyak menfaat vitamin B untuk kesihatan ibu mengandung dan bayi dalam kandungan. Antaranya

 

Pemkembangan otak bayi

Vitamin B Complex, terutamanya asid folik (B9), sangat penting untuk perkembangan otak dan sistem saraf bayi yang sedang berkembang. Asid folik membantu mencegah cacat tabung saraf pada bayi (spina bifida). Sebenarnya acid folik perlu diambil sejak proses ikhtiar lagi bukan setelah mengandungl baru mengamalkannya.

Kepentingan vitamin dalam set mengandung Shaklee

 

Pembentukan sel darah merah

Vitamin B12 adalah penting untuk pembentukan sel darah merah yang sihat. Semasa mengandung, keperluan darah meningkat, dan vitamin B12 membantu mencegah anemia yang boleh memberi kesan kepada ibu dan bayi.

 

Sistem pencernaan yang sihat

Vitamin B Complex membantu dalam pemecahan makanan dan penyerapan nutrien, yang amat penting semasa mengandung untuk memastikan bayi mendapat nutrien yang mencukupi.

 

Pengurusan emosi

Vitamin B Complex seperti vitamin B6 membantu dalam menguruskan emosi dan tahap tekanan semasa kehamilan supaya ibu mengandung berada dalam keadaan selesa.

 

Sistem imun yang kuat

Vitamin B complex juga diperlukan untuk memelihara sistem imun yang sihat. Ini penting kerana semasa mengandung, sistem imun ibu menjadi lemah, jadi perlindungan tambahan adalah penting buat ibu mengandung.



🌸 Zat Besi

 

Zat besi merupakan nutrisi yang memainkan peranan utama sepanjang mengandung. Zat besi penting untuk kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan. Jika diabaikan pengambilan zat besi boleh memberi impak negatif kepada bayi. Antara kepentingan zat besi adalah:

 

Pembentukan sel Darah Merah

Zat besi adalah komponen utama dalam hemoglobin (hb), yang membawa oksigen dari paru-paru ke seluruh tubuh bayi dalam kandungan. Semasa mengandung, jumlah darah dalam badan meningkat, dan zat besi diperlukan untuk pembentukan sel darah merah yang mencukupi.

 

Mencegah Anemia

Kekurangan zat besi boleh menyebabkan anemia, yang mana ia boleh memberi kesan kepada kesihatan ibu dan bayi. Anemia boleh menyebabkan keletihan, kekurangan tenaga, pengsan dan masalah kesihatan lain.

Kepentingan vitamin dalam set mengandung Shaklee


Sokongan pertumbuhan bayi

Zat besi diperlukan untuk perkembangan otak dan tisu bayi yang sedang berkembang. Ia membantu memastikan bahawa bayi mendapat nutrien yang mencukupi untuk pertumbuhan yang sihat.

 

Fungsi sistem imun yang baik

Zat besi memainkan peranan dalam fungsi sistem imun yang sihat, membantu melindungi ibu dan bayi daripada jangkitan dan penyakit semasa mengandung.

 

Mengurangkan risiko pramatang ketika lahir

Kekurangan zat besi semasa mengandung boleh meningkatkan risiko kelahiran pramatang dan berat badan bayi yang kurang. Jadi, untuk itu pastikan ibu mengandung mengambil zat besi yang mencukupi supaya dapat membantu mengurangkan risiko ini.

 

🌸 Vitamin C

 

Jika tidak mengandung pun wanita digalakkan untuk mengamalkan vitamin C, inikan pula sedang mengandung, lagilah kena amalkan setiap hari. Ini kerana vitamin C adalah vitamin larut air dan tidak disimpan oleh badan, jadi adalah penting untuk kita amalkan pengambilan vitamin C setiap hari, terutama sekali bagi ibu mengandung. Antara kepentingan vitamin C untuk ibu mengandung adalah:

 

Penyerapan zat besi

Vitamin C membantu dalam penyerapan zat besi dengan lebih optimum. Ini penting kerana keperluan zat besi semasa mengandung meningkat, dan penyerapan yang baik membantu mencegah anemia ketika mengandung.

 

Pembentukan kolagen

Vitamin C adalah kunci dalam pembentukan kolagen, yang diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu tubuh, termasuk dalam pembentukan jaringan dan organ bayi yang sedang berkembang.

 

Sistem imun yang kuat

Vitamin C memainkan peranan penting dalam memelihara sistem imun yang sihat. Ibu mengandung yang mengambil vitamin C yang mencukupi mungkin besedia dan tahan terhadap jangkitan dan penyakit.

 

Kesan antioksidan

Vitamin C adalah antioksidan, yang membantu melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan oleh radikal bebas. Ini penting untuk kesihatan ibu dan bayi semasa mengandung.

 

Penyembuhan luka yang cepat

Vitamin C membantu dalam penyembuhan luka dan menggalakkan pembaikan tisu. Tubuh ibu berrubah mengikut usia kandungan. Semakin tinggi usia kandungan, semakin besar perubahan berlaku pada diri seseorang. Jadi, untuk memastikan tisu sihat amatlah penting bagi ibu hamil untuk mengamal vitamin C setiap hari. Selian itu, jika ibu mengandung mengalami kecederaan atau pembedahan semasa mengandung.,

 

Selain di atas, sebenarnya jika ibu mengandung mengamalkan vitamin C ketika mengandung, ketahuilah bahawa bayi yang lahir akan mempunyai kulit yang gebu dan sihat. Jadi, sangat penting ibu mengambil vitamin ketika mengandung. Kesannya bukan ibu sahaja yang dapat tetapi bayi juga.

 

🌸 Kalsium dan magnesium

 

Kalsium dan magnesium adalah dua mineral penting yang memainkan peranan yang ketara dalam kesihatan ibu mengandung. Jika waktu mengandung ibu tidak mengambil mineral kalsium dan magnesium dengan cukup, ibu mengandung akan terasa sangat tidak selesa kerana ketika mengandung ibu juga akan berkongsi mineral ini dengan bayi dalam kandungan. 


Pembentukan dan kekuatan tulang

Kalsium adalah unsur penting dalam pembentukan tulang bayi yang sedang berkembang. Magnesium juga diperlukan untuk penyerapan kalsium yang baik dalam tulang. Ini membantu memastikan bahawa bayi memiliki tulang yang kuat dan sihat.

 

Fungsi otot dan saraf yang baik

Kalsium dan magnesium diperlukan untuk fungsi otot dan saraf yang normal. Ini membantu dalam kontraksi otot semasa bersalin dan juga dalam mencegah kekejangan otot dan kram yang tidak selesa semasa mengandung.


 

Pengurusan tekanan darah

Kalsium dan magnesium juga membantu dalam melancarkan tekanan darah. Ini penting untuk mencegah masalah tekanan darah tinggi semasa kehamilan, seperti pra-eklampsia.

 

Risiko kejang otot rendah

Kekurangan kalsium atau magnesium semasa mengandung boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti kekejangan otot, keletihan, atau kelainan dalam kontraksi otot rahim semasa bersalin. Memastikan pengambilan yang mencukupi kedua-dua mineral ini adalah penting untuk mengelakkan keadaan ini.


Bantu lembutkan najis

Ibu mengandung yang mempunyai masalah sembelit ketika membuang air besar perlu mendapatkan mineral seperti magnesium secukupnya dalam diet seharian. Ini kerana salah satu fungsi magnesium adalah membantu melembutkan najis. Kesannya tiada lagi masalah sembelit dikalangan ibu mengandung


 

🌸 Protein

 

Protein juga merupakan salah satu nutrisi yang penting buat ibu mengandung. Antara kepentingan protein buat ibu mengandung adalah:

 

Pertumbuhan dan perkembangan bayi

Protein adalah bahan asas dalam pembentukan tisu dan organ bayi yang sedang berkembang, termasuk otot, kulit, rambut, dan organ dalaman. Pengambilan protein yang mencukupi ketika mengandung membantu bayi mendapat nutrien yang diperlukan untuk perkembangan yang dalam kandungan.

 

Pembentukan dan pembaikan tisu

Semasa mengandung, tubuh ibu memerlukan lebih banyak protein untuk membantu dalam pembaikan tisu yang rosak dan pertumbuhan tisu baru. Ini termasuk pembaikan tisu otot dan kulit yang mungkin terjadi semasa kehamilan seperti ‘stretch mark’. Ibu yang ambil cukup protein ketika mengandung mempunyai risiko yang rendah mendapat stretch mark.

 

Menjaga berat badan yang sihat

Protein membantu memberi rasa kenyang yang lebih lama berbanding karbohidrat atau lemak. Ini dapat membantu ibu mengandung mengawal berat badan semasa kehamilan dan mengurangkan risiko komplikasi yang berkaitan dengan kelebihan berat badan semasa mengandung

 

Menyokong perkembangan sel dan enzim

Protein juga penting dalam pembentukan enzim dan struktur sel. Ini memainkan peranan dalam pelbagai proses biokimia yang penting untuk kesihatan ibu dan bayi.

 

Bantu menguatkan otot rahim

Pengambilan protein ketika mengandung membantu menguatkan rahim. Jadi, risiko gugur asbab rahim lemah adalah rendah. Ini kerana protein berfungsi membina sel-sel baru dalam badan termasuk otot. Jadi, ia sangat membantu menguatkan otot rahim ibu ketika mengandung.

 

 

🌸 Asid lemak Omega 3

 

Asid lemak omega-3 memainkan peranan yang penting dalam kesihatan ibu mengandung. Banyak khasiat yang boleh didapati jika diamalkan ketika mengandung. Antaranya adalah:

 

Perkembangan otak dan penglihatan bayi

Asid lemak omega-3, terutamanya DHA (asid dokosaheksaenoik), adalah komponen utama dalam struktur otak dan retina mata bayi yang sedang berkembang. Pengambilan omega-3 yang mencukupi membantu memastikan perkembangan otak dan penglihatan yang sihat.

 

Risiko kelahiran pramatang rendah

Penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan omega-3 semasa kehamilan dapat membantu mengurangkan risiko kelahiran pramatang, yang boleh membawa kepada masalah kesihatan bayi.

Kepentingan vitamin dalam set mengandung Shaklee

Mengawal berat badan berlebihan

Omega-3 membantu mengawal berat badan daripada berlebihan ketika mengandung dengan cara mengawal rasa lapar dan mengurangkan keinginan untuk makan berlebihan. Ia juga membantu mengawal gula darah dan mengelakkan peningkatan berat badan yang berlebihan semasa kehamilan.

 

Sokongan sistem imun dan anti keradangan

Omega-3 mempunyai sifat anti-radang dan dapat membantu meningkatkan fungsi sistem imun ibu, membantu melindungi daripada jangkitan semasa mengandung serta mengatasi masalah kesakitan sendi atau bengkak kaki semasa hamil

Kepentingan vitamin dalam set mengandung Shaklee


Menyokong kesihatan jantung

Omega-3 adalah sejenis lemak sihat yang memainkan peranan penting dalam menyokong kesihatan jantung. Omega 3 membantu ibu mengandung mengawal tekanan darah, memelihara paras kolesterol dan meningkatkan fungsi jantung secara menyeluruh

 

 

🌸 Iodin

 

Sebenarnya selain nutrisi di atas, Iodin juga merupakan salah satu nutrisi penting buat ibu mengandung. Antara kepentingan Iodin adalah:

 

Perkembangan otak bayi

Iodin adalah komponen penting dalam penghasilan hormon tiroid, yang penting untuk perkembangan otak bayi yang sedang berkembang, terutamanya semasa trimester pertama kehamilan. Kekurangan iodin semasa kehamilan boleh menyebabkan masalah perkembangan otak pada bayi.

 

Fungsi tiroid yang sihat

Semasa mengandung, keperluan hormon tiroid meningkat untuk menyokong pertumbuhan bayi. Iodin diperlukan untuk penghasilan hormon tiroid yang mencukupi dalam badan ibu dan bayi.

 

Mencegah keguguran dan kelahiran mati

Kekurangan iodin semasa kehamilan boleh meningkatkan risiko keguguran atau kelahiran mati. Ibu perlu memastikan pengambilan iodin mencukupi ketika mengandung untuk mengurangkan risiko ini.

 

Kesihatan kulit dan rambut

Iodin juga memainkan peranan dalam menjaga kesihatan kulit dan rambut ibu mengandung. Kekurangan iodin boleh menyebabkan masalah kulit dan rambut yang tidak sihat.

 

Pengurangan Kretinisme

Kretinisme adalah satu keadaan serius yang berpunca daripada kekurangan iodin semasa mengandung. Ia boleh menyebabkan pertumbuhan terbantut, masalah pembelajaran, dan masalah perkembangan mental pada bayi.

 

Penting untuk mendapatkan jumlah iodin yang mencukupi melalui pemakanan, seperti garam yang diiodinasi, makanan laut, dan produk tenusu. Doktor atau pakar pemakanan boleh memberikan panduan tentang pengambilan iodin yang sesuai semasa mengandung.

 

Sebenarnya pengambilan nutrisi yang mencukupi ketika mengandung adalah penting untuk memastikan kesihatan ibu dan perkembangan bayi dalam kandungan. Setiap nutrisi ada kepentingannya tersendiri. Setiap nutrisi boleh didapati daripada diet pemakanan seharian namun, adakah ibu mengandung mampu mengambill makanan  mengikut jumlah yang diperlukan setiap hari? Jika tidak mampu, disini Atul ingin cadangkan nutrisi yang terbaik buat ibu mengandung, Set mengandung Shaklee. Set mengandung Shaklee lengkap dengan semua nutrisi yang diperlukan oleh ibu mengandung.


Set Mengandung Shaklee

Set mengandung Shaklee adalah satu rangkaian produk kesihatan yang direka khas untuk ibu mengandung. Ia mengandungi kesemua nutrisi yang yang diperlukan ketika mengandung seperti asid folik, vitamin B, zat besi, kalsium, magnesium, omega 3, vitamin C dan protein. Fungsi set mengandung Shaklee adalah untuk membantu ibu mengandung mendapat nutrisi yang mencukupi untuk diri mereka dan perkembangan bayi dalam kandungan. Selain itu untuk menyokong sistem imun yang kuat untuk kesihatan yang baik sepanjang kehamilan. Produk ini telah terbukti berkesan dalam menyokong kesihatan ibu dan bayi sejak bertahun-tahun.


Kepentingan vitamin dalam set mengandung Shaklee

Kepentingan vitamin dalam set mengandung Shaklee


Promosi Set mengandung Shaklee


Untuk makluman semua, bulan ini Shaklee telah melancarkan satu produk istimewa buat wanita terutamanya para ibu. Produk istimewa ini adalah Set Embun yang diformulasi oleh Tanamera. Set Embun ini merupakan jenama kecantikan semulajadi yang dirumus khas oleh Tanamera untuk Shaklee Malaysia.

Sempena bulan pelancaran Set Embun oleh Tanamera ini, Shaklee menawarkan promosi hebat buat para wanita dan ibu mengandung khususnya. Dengan setiap pembelian set Mengandung Shaklee akan dapat dua produk dari set Embun secara PERCUMA


Kepentingan vitamin dalam set mengandung Shaklee


Kepentingan vitamin dalam set mengandung Shaklee


Kepentingan vitamin dalam set mengandung Shaklee

Kepentingan vitamin dalam set mengandung Shaklee


Kesimpulan


Setiap ibu mengandung mempunyai jalan cerita yang berbeza sepanjang proses mengandung. Ada yang sihat sampai bersalin tetapi ada juga yang diuji dengan dengan pelbagai masalah kesihatan antaranya seperti alahan, berat berlebihan, bacaan gula tinggi, dan kejang kaki.

Oleh itu, ibu mengandung perlu memastikan mereka mendapat nutrisi yang mencukupi untuk menyokong kesihatan diri dan perkembangan bayi dalam kandungan. Set mengandung Shaklee merupakan rangakaian suplement yang dapat memenuhi keperluan nutrisi yang diperlukan oleh ibu mengandung. 

Post a Comment

0Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !